Tuesday, October 29, 2013

Madkhal Fiqhul Amm 

Sumber-sumber Hukum Fiqh :-

Sumber-sumber yang disepakati ulama ialah

 1. Al-quran, - Kalam Allah Almu'jiz Almuta'abbad Litilaawatihi Almunazzal ala Nabi Muhammad s.a.w. Manqul Bittawatir Maktub Fil Masahif (Kalam Allah yang bermukjizat membacanya adalah ibadah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara mutawatir dan termaktub pada mashaf)
2. As-Sunnah (Hadis)- Setiap apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dari perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat.
3. Al-Ijmak - Persepakatan ahli feqah yang mujtahid atas sesuatu hukum
4. Al-Qias - Menyamakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain pada hukum syara' untuk menggabungkan diantara keduanya (dua perkara yang berbeza itu) pada Illah.

 Sumber-sumber yang tidak disepakati ulama ialah 

 1. Al-Istihsan - Dari segi bahasa (Meminta jadi baik) # Istihsan Qiasi : # Istihsan Daruriy :
2. Masolih Mursalah - Mengambil manfaat yang lebih banyak (Istislah), Menolak kemudaratan yang lebih (Sad Zara'i')

 *sebarang kesilapan mohon tegur pada ruangan dibawah. Sekadar perkongsian apa yang dipelajari pada pemahaman saya sendiri.

Monday, December 24, 2012

Sekilas Pandangan, Tanggungjawab Berat

Dgn Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang :
Sudah lama ku simpan fikiran ini, bila mana selalu diperingat ttg jalan dan liku perjuangan. Bila mana dinasihati agar jgn berputus asa.

Beberapa persoalan bermain di minda, kerana setiap orang merasakan dialah yg betul. Perjuangan dia yg paling syumul, tapi kita perlu sedar yg betul-betul BETUL hanyalah Allah dan Rasul. Sbg pengikut kita terikat dgn pandangan2 manusia yg tidak maksum. Perkara ini berlaku kerana setiap org mmpunyai guru masing2 dan sudah tentulah apa yang diajar oleh gurunya , dia akn rasa guru itu adalah benar. Itulah pentingnya berguru, kerana guru akan menghurai dan memperjelas segala persoalan yg bermain di minda.
Walakin, kita terikat dgn peraturan Allah. Sperti yg saya katakan tadi, yg benar 100% hanyalah Allah. Kita sbg manusia hny digalakkan utk berijtihad.

Namun kini, muncul pula golongan yg merendahkan golongan lain. Kdg2 golongan yg ramai ulamak dan disokong oleh ramai golongan manusia itulah yg kerap dihina dan dituduh dgn berbagai tuduhan. Sedangkan Nabi pernah bersabda : " Tidak akan berhimpun umatku dalam kesesatan". Mksudnya disini kita perlu selalu ikut ijmak (golongan yg ramai), ijmak yg disepakati oleh ulamak yg Alim. Alim bermaksud tinggi ilmu pengetahuan dan bersifat ikhlas. Kita tidak nmpk pd ulamak itu berfatwa untuk kepentingan tertentu.

Maka disini, terfikir juga kita. Disebabkan banyaknya pandangan2 manusia , cuba kita fikir adakah apa yg kita lalui sekarang telah memenuhi tujuan kita diciptakan "Dan tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri (kepadaKu)" , dan juga "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" . Justeru, tanggungjawab kita ada 2. Sebagai hamba dan juga sebagai wakil Allah di muka bumi untuk memakmurkan bumi ini.

Tidak cukup kita hanya mengambil tugas sebagai seorang hamba lalu meninggalkan tanggungjawab khalifah, dan tidak boleh juga kita hanya menjadi khalifah dan meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Keduanya perlu diseimbangkan.

Ketahuilah bahawa tanggungjawab ini sgt berat dan banyak. Masa yang ada tak cukup jika dibandingkan dgn tanggungjawab kita. Elakkan dari kata "boringggnya tak tau nak buat apa", sedangkan byk sgt benda yg kita boleh buat.
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 73

Sekian saja untuk kali ini, moga2 kita diberi petunjuk dan kekuatan untuk berubah. Ini cuma pandangan saya. Siapa yg nak kritik boleh lah berbuat demikian.

Indah ciptaan Tuhan...^^

Saturday, August 4, 2012

Perancangan Licik Yahudi, Dimana umat Islam?

Buku Rahasia Bisnis Yahudi : Karangan Anton A. Ramdan **

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah selesai membaca buku ini, alhamdulillah kini fikiran menjadi lebih terbuka dan lebih jelas akan rancangan golongan yahudi utk mnguasai dunia. BEgitu licik dan bersungguh2nya mereka dlm mencapai cita2 mereka.

     Umumnya mengetahui bahwa Yahudi mempunyai berbagai perancangan 'underground' dlm mnguasai dunia dan terutamanya utk menghapuskan islam. Namun tahukah kita akan perancangan terssebut? Sedarkah kita akan kesannya kpd kita? Sudah berabad lamanya mereka berusaha dlm bidang ekonomi terutamanya sepertimana yg difokuskan dalam buku itu yakni berkenaan bisnis.

     Pada hari ini hmpir 80% ekonomi dunia dikuasai oleh golongan yahudi bermula dari bidang makanan, media massa, hiburan, perbankan hinggalah kepada politik sesebuah negara. Semuanya bermula dgn idea seorang tokoh yahudi yg bernama Theodore Hertzl yg membuat dan merangka protokol ataupun prancangan mereka, dikenalai sebagai 'Protokol Zion'. Dalam protokol ini, telah lengkap kaedah dan cara2 yg mereka ingin gunakan utk menguasai dunia termasuk dlm bidang ekonomi.

    Pengusaha yahudi telah pun berusaha semenjak abad ke 18 lagi utk merealisasikan cita2 mereka. Conthnya spt Keluarga Rothchild, keluarga Disney yg mngasaskan medium hiburan yg sgt terkenal pada hari ini iaitu Walt Disney, Disney Chnnel dan sbgnya yg mana sememangnya sgt diminati oleh anak2 dan adik2 kita. Kesemua pengusaha2 ini telah didorong utk berusaha bkn sahaja utk mendapatkan wang semata2, bahkan juga utk mninggikan fanatisme ras-ras mereka iaitu yahudi. INilah yg dinamakan golongan materis dan non-materis dalam masa yg sama. Golongan materis selalunya akan 'futur' ditengah jalan apabila syarikatnya mula muflis. Ini disebabakan tujuan mereka menjalankan bisnis hny utk mndptkan wang, sgt berbeza dgn golongan yahudi ini yg berjuang utk meninggikan bangsa mereka dan mendapatkan wang dlm msa yg sama.

   Sedar ataupun tidak, dunia hari ini telah dikuasai oleh golongan Yahudi, bermula dari pemakanan harian kita, hibuaran, media massa dan sebagainya semuanya telah dipelopori oleh pebisnis yahudi. Persoalannya, dimanakah umat islam? Apa usaha yg telah kita lakukan utk menigkatkan keizzahan agama kita ? Tepuk dada tny iman.

   Umat islam sekarang sering bergaduh sesama sendiri utk mempertahankan kekuasaan masing2. Agama hny dijadikan alat utk mendapatkan sokongan masyarakat, nasihat para ulamak tidak lagi dilayan. Rakyat yg ingin menuntut keadilan dibunuh dgn kejam bahkan diseksa tanpa sebab yg munasabah. Justeru, adakah kita masih ingin kekal di katil yg empuk, kerusi yg selesa, kereta yg mewah yg kita miliki sedangkan saudara kita terus dianiaya. Golngan yahudi terus mnguasai dunia dgn pelbagai taktik yg licik. Lihatlah apa yg berlaki di Palestin, sehingga hari ini belum ada yg mamppu utk membebaskan tanah yg barakah ini dr cengkaman yahudi. SEBABNYA, kita tidak ada kekuatan. Oleh itu, ayuh kita sama2 bina kekuatan umat islam bermula dari diri kita. Insyaallah yaqin dgn perotolngan ALLAH..

Monday, March 19, 2012

Tazkirah...

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kesempatan yg diberikan. Sebagaiseorang hamba dan makhluk, kita perlulah sedar bahawa segala tindak-tanduk kita tidak lari dari Qada' dan Qadar Allah. Kesemua pergerakan kita bermula ketika kita lahir sehingglah kita mati, semuanya telah ada di Lauh Mahfuz.
Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersyukur agar kita tergolong dalam kalangan org2 yg berjaya di dunia dan di akhirat yg mana bilangan golongan ini amatlah sedikit. Seprtimana Firman Allah dalam surah Al-Ana'am ' amat sedikit orng yg bersyukur' . Sekiranya Allah tidak mengizinkan, nescaya kta tidak akan mampu untuk bergerak walaupun sekadar untuk bernafas, menggerakkan jari, membuka mata dan sebagainya. Hatta untuk beribadah sekalipun kita tidak mampu jika tidak diizinkan Allah. Maka sebab itulah rahmat Allah itu lebih besar dan agung dari ibadah yg kita lakukan.

Wednesday, June 1, 2011

Khutbah ( Belia Pemangkin Transformasi Negara )

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, di samping kita mempertingkatkan usaha dalam mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar menyempurnakan kewajipan masing-masing. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI  NEGARA.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Islam adalah agama yang sangat memuliakan para pemuda dan belia. Al-Quran banyak menceritakan kisah perjuangan para Nabi dan Rasul AS yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda dan belia. Ibnu Abbas  RA pernah berkata: Tidak  ada seorang nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak ada seorang ‘Alim pun  yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda. Al-Quran telah merakamkan kisah Nabi Allah Ibrahim AS yang telah berdebat dengan kaumnya serta menentang peribadatan mereka yang salah ketika beliau diawal usia belia. Firman Allah SWT di dalam al-Anbiya’ ayat  51- 56;
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu hidayah kebenarannya, dan Kami adalah mengetahui akan hal keadaannya. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya? Mereka menjawab: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ia berkata: Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata. Mereka bertanya: Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar sebagai seorang Rasul, atau engkau dari orang yang bermain-main sahaja? Ia menjawab: bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dialah yang menciptakannya; dan aku adalah dari orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Junjungan kita Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut Baginda yang membentuk generasi pertama Islam kebanyakkannya juga terdiri daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Yang paling muda ketika itu Ali bin Abi Thalib dan az-Zubair bin al-Awwam yang baru berusia 8 tahun, manakala yang termasuk dalam usia belia seperti Ja’far bin Abi Thalib yang berusia 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar Rumi berusia dibawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26 tahun dan ramai lagi yang berusia di sekitar 30 tahun.
          Malah terdapat ratusan ribu lagi para pejuang Islam yang terdiri daripada golongan pemuda dan belia. Mereka memperjuangkan dakwah Islam dan menjadi pembawa panji-panji Islam di zaman Rasulullah SAW ataupun sesudah itu. Usamah bin Zaid ketika dilantik  oleh Nabi SAW sebagai Panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Padahal diantara anggota pasukannya terdapat orang yang lebih tua seperti Abu Bakar, Umar bin Khathab dan lain-lainnya.
Demikianlah gambaran sepintas lalu kehebatan generasi muda/belia Islam pada masa silam sehinggakan ada di antara kisah perjuangan mereka dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran. Diantara ada sebahagiannya tergolong sebagai  Rasul dan Nabi dan ada yang tergolong dalam kategori orang biasa. Masing-masing telah menggalas tanggungjawab dengan penuh adil dan amanah.
Apa lagi yang diperlukan oleh golongan belia hari ini, apabila Allah SWT sendiri yang mempersaksikan betapa kemuliaan dan ketinggian sumbangan mereka kepada agama Allah merentas zaman dalam salasilah rantaian para nabi dan Rasul? Semoga generasi belia/muda hari ini dapat memanfaatkan masa muda yang dikurniakan Allah dengan meneladani jejak-jejak perjuangan generasi terdahulu sebagaimana yang disarankan di dalam sebuah hadith:
Bermaksud:“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa mudamu sebelum datangnya masa tuamu, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu. (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Negara sangat mendambakan munculnya generasi belia yang memiliki kekuatan sama seperti yang pernah dilahirkan dalam sejarah ketamadunan umat pada masa silam. Generasi belia yang memiliki kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi, luas penguasaan ilmu serta berkeupayaan untuk memimpin anggota masyarakat. Dengan memiliki eleman-eleman ini, mereka diharap dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada agenda transformasi negara dan ummah.
Transformasi membawa maksud perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Dalam erti kata yang lain, ia merupakan proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Dalam konteks negara kita, agenda transformasi yang merangkumi transformasi ekonomi, sosial, pendidikan, sektor awam serta lainnya telah dan sedang digerakkan bagi merealisasikan wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar ingin mengingatkan bahawa dengan membiarkan diri, negara dan ummah  berada dalam keadaan yang lemah, mundur dan dibelenggu dengan perkara yang negatif bukanlah pilihan yang baik bagi umat Islam. Menjadikan Malaysia sebuah negara maju bukan hanya cukup dengan bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah yang lebih penting lagi adalah mempunyai warganegara yang hebat dan berkualiti dari segi pendidikan, keusahawanan, politik, persatuan dan sukan, di samping pegangan agama yang kukuh. Justeru itu, mimbar menyeru kepada umat Islam sekalian khususnya kepada golongan belia  agar perlu memberi tumpuan kepada bidang keilmuan dan pendidikan kerana ia adalah asas kekuatan untuk menjadikan mereka bijak pandai yang mencorakkan kejayaan rancangan berkenaan. Berdasarkan laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menunjukkan 80 peratus tenaga kerja tempatan mempunyai taraf pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekaligus tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi sepertimana yang disasarkan.
Serentak dengan itu, perlu dipupuk kewujudan sebuah iklim intelektual yang kondusif dan tradisi keilmuan yang komprehensif, seimbang dan sepadu. Tradisi keilmuan ini perlu disepadukan dengan penerapan iman dan takwa. Hasil yang diharapkan adalah lahirnya generasi belia yang berilmu dan berakhlak mulia. Ingatlah bahawa generasi yang hanya memiliki ilmu yang tinggi tetapi perilakunya penuh dengan keburukan hanya membawa masalah kepada zaman. Akhirnya tidak ada beza antara mereka yang punya banyak ilmu tetapi terkutuk akhlaknya lantaran akal budinya tidak didasari fitrah keimanan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Golongan belia kita juga harus mengambil peluang melalui pembabitan dalam kegiatan berpersatuan. Maklumat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sehingga April tahun 2010 menunjukkan ada 7,709 persatuan belia dengan lebih 1.9 juta ahli berdaftar. Malah kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bertujuan memperkasakan semula pertubuhan belia supaya dapat menarik lebih ramai generasi muda bergiat aktif dalam pertubuhan itu.
Penglibatan golongan belia secara aktif dalam kegiatan berpersatuan sudah pasti akan dapat mempertingkatkan potensi diri mereka menerusi ilmu berpersatuan dan kepemimpinan, pendedahan, pengalaman, malah mampu membina jaringan komunikasi antara belia atau persatuan sehingga ke peringkat antarabangsa. Mereka belia perlu membina jaringan komunikasi supaya dapat membantu diri dalam urusan sosial, ekonomi atau perniagaan dengan pihak lain pada masa hadapan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru para jamaah sekelian, khususnya golongan belia untuk menghayati beberapa perkara yang telah digariskan oleh Dr. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, dalam bukunya Daur al-Syabab fi Haml Risalah al-Islam (Peranan Pemuda Dalam Memikul Risalah Islam) sebagai bekalan dalam memikul tanggungjawab sebagai pemangkin agenda transformasi Negara dan ummah, antaranya; Pertama: Setiap belia Islam mestilah mengetahui matlamat dia diciptakan oleh Allah SWT. Kedua: Setiap belia Islam mestilah mempunyai gambaran dan maklumat tentang strategi musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam. Ketiga: Setiap belia Islam mestilah menaruh harapan untuk menempuh kejayaan dalam bidang dakwah dan menghindarkan perasaan pasif dan berputus asa. Keempat: Setiap belia Islam mestilah mengambil contoh teladan yang ditunjukkan oleh para Sahabat seperti tercatat dalam Sirah. Kelima: Setiap belia Islam mestilah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain dan keenam: Setiap belia Islam mestilah mengetahui dengan penuh keyakinan qadha’ dan qadar Allah SWT itu hanyalah disisi-Nya sahaja.

Monday, December 13, 2010

Sejarah Islam

Jatuh bangun dan jatuhnya Islam di Andalus sehingga kini.

=======

Nusair merupakan seorang hamba yang dibawa pulang oleh Khalid al Walid dari perang,
Nusair telah diislamkan dan ditarbiyah oleh Khalid sehingga menjadi seorang pemuda yang qawiyy baik dari sudut jasmani, mental mahupun ruhi

Anaknya Musa (Musa bin Nusair) merupakan seorang gabenor di utara Afrika,
di bawah naungan Khalifah Al Walid 1 .
Musa telah berdakwah kepada orang-orang Berber
mentarbiyah dan mendidik tanpa jemu
dan telah lahir seorang pemuda Berber yang mempunyai kental jiwa nya

'Tariq ibn-Ziyad burned the ships and told the expedition they have no choice but to fight '
========

Charles the Slayer, adalah seorang yang cerdik.
Charles telah mengetahui cara untuk menumpaskan tentera Islam
di bawah pimpinan Abd Rahman Al Ghafiqi
adalah dengan menyerang khemah orang Islam yang diisi dengan harta rampasan perang .
Bila wahan(cinta dunia) mengatasi iman, maka berulang semula sejarah Uhud

=============

Spanish Inquisition (1482-1834)
tidak terbayang kezaliman orang-orang Kristian
dalam membasmi habis-habisan sisa Islam di Andalus
Pilih- bunuh, dibaptis atau dibuang negeri yang akhirnya dibunuh juga
dibaptis dan dipastikan kepada generasi-generasi seterusnya bahawa mereka tidak akan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian
Nama mereka ditukar
Kanak-kanak dihantar ke gereja-gereja untuk dididik dengan ajaran kristian
dan bagi mereka yang disyaki masih mengamalkan Islam secara sembunyi, akan ditangkap dan diseksa dengan berbagai cara
Garruca, Toraca , Potro

Mungkin kerana hal ini, di Andalus sudah tiada lagi orang-orang Islam

================

'Burtuqol' telah ditukar kepada Portugal
mungkin kerana di sana punya banyak tanaman buah oren (burtuqol)

=============

Islam In Andalus, wajib dimiliki oleh mereka yang mula mencintai Andalus
dan sejarah di sebaliknya .

Juga wajib dimiliki oleh mereka yang bakal mengembara ke bumi andalus
pada cuti musim sejuk nanti

14/12/2010

Tuesday, December 7, 2010

Kem Celik Islam dan Al-Quran

Alhamdulillah, kem ini telah smpai ke penghujungya. Pelbagai pengalaman yg ana dpt terutamanya kerana kem ini diadakan di gunung Jerai. Sgt Istimewa.

Hari pertama, saya tiba lewat di kem itu kerana baru habis Kursus Jatidiri Awang Daud yang dikatakan masuk dalam RTM, TV3 dan surat khabar. Tetapi, malangnya saya tidak mendengar sebarang maklumat dari kawan2 ttg kursus tu sama ada masuk TV atau tidak.. HUHUHUHu

Maka bermulalah pengembaraan di Gunung Jerai, setelah saya tiba di Chalet pada pukul 7.30 p.m. lebih kurang lah..Program berjalan dgn lancar seperti biasa cumanya malam hari yang Pertama dan Kedua hujan. Jadi aktiviti outdoor tidak dapat dilakukan.
Pada 3 Disember Hari Jumaat, penglaman solat Jumaat di surau Gunung Jerai. Khutbah dibacakan oleh Ustaz Wadi Anuar Pengarah KCIQ. :

Azan dilaungkan oleh Abg Fazli. ( A.K.A Chef Ali )

Seterusnya khutbah yang bertajuk cinta Allah dan Rasul secara spontan oleh Ustaz Wadi Anuar.

Ustaz Wadi Anuar

Satu-satunya gambar waktu solat jumaat, Jurukamera Muaz tak sempat utk ambil gambar kerana sedang khutbah.
Selesai solat Jumaat, program berjalan seperti biasa.
Hari ke 8, kami pergi mendaki hingga ke puncak Gunung Jerai, iaitu padang tok syeikh. Pendakian mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Nasib baik urusetia boleh naik motor..

Minta maaf lah gambar kurang jelas, sebab faham2 la. Kamera ana bukannya mahal.
Insyaallah setakat ini saja pengalaman yang dapat diceritakan. Akhir kata :

Lailahaillallah Ilaaha Wahida, Wanahnulahu Muslimun