Wednesday, November 17, 2010

Program IKRAM, Membantu Mangsa Banjir

Alhamdulillah, Firman Allah S.W.T., Al-Baqarah ayat 155 : Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


Ingatlah kita semua akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian, untuk menguji sejauh mana keimana kita kepada-Nya, Oleh itu, Allah menyebut juga dalam ayat yang seterusnya . Kepada orang-orang yg menybut " Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un ". Mereka itu akan memperoleh keampunan dan rahmat dari tuhan mereka. Diatas kesabaran mereka menghadapi ujian Allah.

Pada bulan Oktober yang lepas, saya telah menyertai program anjuran IKRAM iaitu program membantu mangsa banjir di Jitra, Kedah. Di sana, saya dapat melihat sendiri kesusahan yang dialami mereka. Cuba bayangkan rumah kita ditenggelami air yang penuh dengan lumpur sehingga ke paras bumbung. Kesusahan yang sebenar adalah mereka terpaksa membuang segala barang yang telah rosak.

Ada sebuah rumah ni, hanya didiami oleh 2 orang suami dan isteri yg telah berumur 60an. Rumah mereka hanya tinggal kerusi kayu sahaja, perabot yang lainnya semua terpaksa dibuang kerana rosak.


Keadaan di luar rumah

Setelah kami menyelesaikan masalah di luar rumah mak cik ini. Kami membantunya untuk membasuh pinggan mangkuk di dalam rumah.
Sewaktu sedang Mencuci Pinggan Mangkuk

Keadaan pinggan mangkuk itu sebelum dicuci lebih teruk. Setiap mangkuk penuh dengan selut yang berbau busuk. Sebenarnya ada banyak lagi yang belum siap dicuci. Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Proses itu mengambil masa 1 jam setengah. Hasilnya :



Saya tidak mahu menulis panjang lagi di sini. Insyaallah setakat ini sahaja.

Alhamdulillah...

Bersyukur kepada Allah yg telah memberikan segala nikmatnya kepada kita. Nikmatnya tidak terhingga sehingga air laut pun tidak boleh dijadikan dakwat untuk menulis semua nikmat Allah seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Kahf ayat 109