Monday, March 19, 2012

Tazkirah...

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kesempatan yg diberikan. Sebagaiseorang hamba dan makhluk, kita perlulah sedar bahawa segala tindak-tanduk kita tidak lari dari Qada' dan Qadar Allah. Kesemua pergerakan kita bermula ketika kita lahir sehingglah kita mati, semuanya telah ada di Lauh Mahfuz.
Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersyukur agar kita tergolong dalam kalangan org2 yg berjaya di dunia dan di akhirat yg mana bilangan golongan ini amatlah sedikit. Seprtimana Firman Allah dalam surah Al-Ana'am ' amat sedikit orng yg bersyukur' . Sekiranya Allah tidak mengizinkan, nescaya kta tidak akan mampu untuk bergerak walaupun sekadar untuk bernafas, menggerakkan jari, membuka mata dan sebagainya. Hatta untuk beribadah sekalipun kita tidak mampu jika tidak diizinkan Allah. Maka sebab itulah rahmat Allah itu lebih besar dan agung dari ibadah yg kita lakukan.