Monday, December 24, 2012

Sekilas Pandangan, Tanggungjawab Berat

Dgn Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang :
Sudah lama ku simpan fikiran ini, bila mana selalu diperingat ttg jalan dan liku perjuangan. Bila mana dinasihati agar jgn berputus asa.

Beberapa persoalan bermain di minda, kerana setiap orang merasakan dialah yg betul. Perjuangan dia yg paling syumul, tapi kita perlu sedar yg betul-betul BETUL hanyalah Allah dan Rasul. Sbg pengikut kita terikat dgn pandangan2 manusia yg tidak maksum. Perkara ini berlaku kerana setiap org mmpunyai guru masing2 dan sudah tentulah apa yang diajar oleh gurunya , dia akn rasa guru itu adalah benar. Itulah pentingnya berguru, kerana guru akan menghurai dan memperjelas segala persoalan yg bermain di minda.
Walakin, kita terikat dgn peraturan Allah. Sperti yg saya katakan tadi, yg benar 100% hanyalah Allah. Kita sbg manusia hny digalakkan utk berijtihad.

Namun kini, muncul pula golongan yg merendahkan golongan lain. Kdg2 golongan yg ramai ulamak dan disokong oleh ramai golongan manusia itulah yg kerap dihina dan dituduh dgn berbagai tuduhan. Sedangkan Nabi pernah bersabda : " Tidak akan berhimpun umatku dalam kesesatan". Mksudnya disini kita perlu selalu ikut ijmak (golongan yg ramai), ijmak yg disepakati oleh ulamak yg Alim. Alim bermaksud tinggi ilmu pengetahuan dan bersifat ikhlas. Kita tidak nmpk pd ulamak itu berfatwa untuk kepentingan tertentu.

Maka disini, terfikir juga kita. Disebabkan banyaknya pandangan2 manusia , cuba kita fikir adakah apa yg kita lalui sekarang telah memenuhi tujuan kita diciptakan "Dan tidak aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri (kepadaKu)" , dan juga "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" . Justeru, tanggungjawab kita ada 2. Sebagai hamba dan juga sebagai wakil Allah di muka bumi untuk memakmurkan bumi ini.

Tidak cukup kita hanya mengambil tugas sebagai seorang hamba lalu meninggalkan tanggungjawab khalifah, dan tidak boleh juga kita hanya menjadi khalifah dan meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Keduanya perlu diseimbangkan.

Ketahuilah bahawa tanggungjawab ini sgt berat dan banyak. Masa yang ada tak cukup jika dibandingkan dgn tanggungjawab kita. Elakkan dari kata "boringggnya tak tau nak buat apa", sedangkan byk sgt benda yg kita boleh buat.
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 73

Sekian saja untuk kali ini, moga2 kita diberi petunjuk dan kekuatan untuk berubah. Ini cuma pandangan saya. Siapa yg nak kritik boleh lah berbuat demikian.

Indah ciptaan Tuhan...^^