Monday, December 13, 2010

Sejarah Islam




Jatuh bangun dan jatuhnya Islam di Andalus sehingga kini.

=======

Nusair merupakan seorang hamba yang dibawa pulang oleh Khalid al Walid dari perang,
Nusair telah diislamkan dan ditarbiyah oleh Khalid sehingga menjadi seorang pemuda yang qawiyy baik dari sudut jasmani, mental mahupun ruhi

Anaknya Musa (Musa bin Nusair) merupakan seorang gabenor di utara Afrika,
di bawah naungan Khalifah Al Walid 1 .
Musa telah berdakwah kepada orang-orang Berber
mentarbiyah dan mendidik tanpa jemu
dan telah lahir seorang pemuda Berber yang mempunyai kental jiwa nya

'Tariq ibn-Ziyad burned the ships and told the expedition they have no choice but to fight '
========


Charles the Slayer, adalah seorang yang cerdik.
Charles telah mengetahui cara untuk menumpaskan tentera Islam
di bawah pimpinan Abd Rahman Al Ghafiqi
adalah dengan menyerang khemah orang Islam yang diisi dengan harta rampasan perang .
Bila wahan(cinta dunia) mengatasi iman, maka berulang semula sejarah Uhud

=============


Spanish Inquisition (1482-1834)
tidak terbayang kezaliman orang-orang Kristian
dalam membasmi habis-habisan sisa Islam di Andalus
Pilih- bunuh, dibaptis atau dibuang negeri yang akhirnya dibunuh juga
dibaptis dan dipastikan kepada generasi-generasi seterusnya bahawa mereka tidak akan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian
Nama mereka ditukar
Kanak-kanak dihantar ke gereja-gereja untuk dididik dengan ajaran kristian
dan bagi mereka yang disyaki masih mengamalkan Islam secara sembunyi, akan ditangkap dan diseksa dengan berbagai cara
Garruca, Toraca , Potro

Mungkin kerana hal ini, di Andalus sudah tiada lagi orang-orang Islam

================

'Burtuqol' telah ditukar kepada Portugal
mungkin kerana di sana punya banyak tanaman buah oren (burtuqol)

=============



Islam In Andalus, wajib dimiliki oleh mereka yang mula mencintai Andalus
dan sejarah di sebaliknya .

Juga wajib dimiliki oleh mereka yang bakal mengembara ke bumi andalus
pada cuti musim sejuk nanti

14/12/2010

Tuesday, December 7, 2010

Kem Celik Islam dan Al-Quran

Alhamdulillah, kem ini telah smpai ke penghujungya. Pelbagai pengalaman yg ana dpt terutamanya kerana kem ini diadakan di gunung Jerai. Sgt Istimewa.

Hari pertama, saya tiba lewat di kem itu kerana baru habis Kursus Jatidiri Awang Daud yang dikatakan masuk dalam RTM, TV3 dan surat khabar. Tetapi, malangnya saya tidak mendengar sebarang maklumat dari kawan2 ttg kursus tu sama ada masuk TV atau tidak.. HUHUHUHu

Maka bermulalah pengembaraan di Gunung Jerai, setelah saya tiba di Chalet pada pukul 7.30 p.m. lebih kurang lah..Program berjalan dgn lancar seperti biasa cumanya malam hari yang Pertama dan Kedua hujan. Jadi aktiviti outdoor tidak dapat dilakukan.
Pada 3 Disember Hari Jumaat, penglaman solat Jumaat di surau Gunung Jerai. Khutbah dibacakan oleh Ustaz Wadi Anuar Pengarah KCIQ. :


Azan dilaungkan oleh Abg Fazli. ( A.K.A Chef Ali )


Seterusnya khutbah yang bertajuk cinta Allah dan Rasul secara spontan oleh Ustaz Wadi Anuar.


Ustaz Wadi Anuar

Satu-satunya gambar waktu solat jumaat, Jurukamera Muaz tak sempat utk ambil gambar kerana sedang khutbah.
Selesai solat Jumaat, program berjalan seperti biasa.
Hari ke 8, kami pergi mendaki hingga ke puncak Gunung Jerai, iaitu padang tok syeikh. Pendakian mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Nasib baik urusetia boleh naik motor..



Minta maaf lah gambar kurang jelas, sebab faham2 la. Kamera ana bukannya mahal.
Insyaallah setakat ini saja pengalaman yang dapat diceritakan. Akhir kata :

Lailahaillallah Ilaaha Wahida, Wanahnulahu Muslimun

Wednesday, November 17, 2010

Program IKRAM, Membantu Mangsa Banjir

Alhamdulillah, Firman Allah S.W.T., Al-Baqarah ayat 155 : Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


Ingatlah kita semua akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian, untuk menguji sejauh mana keimana kita kepada-Nya, Oleh itu, Allah menyebut juga dalam ayat yang seterusnya . Kepada orang-orang yg menybut " Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un ". Mereka itu akan memperoleh keampunan dan rahmat dari tuhan mereka. Diatas kesabaran mereka menghadapi ujian Allah.

Pada bulan Oktober yang lepas, saya telah menyertai program anjuran IKRAM iaitu program membantu mangsa banjir di Jitra, Kedah. Di sana, saya dapat melihat sendiri kesusahan yang dialami mereka. Cuba bayangkan rumah kita ditenggelami air yang penuh dengan lumpur sehingga ke paras bumbung. Kesusahan yang sebenar adalah mereka terpaksa membuang segala barang yang telah rosak.

Ada sebuah rumah ni, hanya didiami oleh 2 orang suami dan isteri yg telah berumur 60an. Rumah mereka hanya tinggal kerusi kayu sahaja, perabot yang lainnya semua terpaksa dibuang kerana rosak.


Keadaan di luar rumah

Setelah kami menyelesaikan masalah di luar rumah mak cik ini. Kami membantunya untuk membasuh pinggan mangkuk di dalam rumah.
Sewaktu sedang Mencuci Pinggan Mangkuk

Keadaan pinggan mangkuk itu sebelum dicuci lebih teruk. Setiap mangkuk penuh dengan selut yang berbau busuk. Sebenarnya ada banyak lagi yang belum siap dicuci. Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Proses itu mengambil masa 1 jam setengah. Hasilnya :



Saya tidak mahu menulis panjang lagi di sini. Insyaallah setakat ini sahaja.

Alhamdulillah...

Bersyukur kepada Allah yg telah memberikan segala nikmatnya kepada kita. Nikmatnya tidak terhingga sehingga air laut pun tidak boleh dijadikan dakwat untuk menulis semua nikmat Allah seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Kahf ayat 109